Tuesday 8 January 2013

bincangkan bentuk organisasi agama n peranan dlm masyarakat.soalan exam

       agama bermakna kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib seperti dewa. seseorang individu itu tidak dapat dipisahkan dengan agama dalam kehidupannya. agama merupakan sesuatu yang penting. menurut monilowski agama  adalah satu tindak balas atau penentangan kepada kecemasan dan was-was yang dirasai oleh individu.agama terbahagi kepada dua jenis iaitu agama universal dan agama folk.setiap agama mempunyai pengaruhnya yang tersendiri kepada penganutnya.agama memainkan peranan yang penting dalam kehiduan manusia.
       ekspresi sosial dari ajaran agama dihidupkan dan dipeliharaoleh masyarakat yang menganutnya yang disebut dengan organisasi sosial. poland roberston menggambarkan agama yang dianuti masyarakat terbahagi kepada dua jenis organisasi iaitu humoginitas dan heteriginitas. masyarakat yang memiliki heteroginitis dalam agama iaitu agama secara organisasi terpisah dari kegiatan ekonomi,pendidikan dan polotik, dan agama yang tidak begitu berorganisasi. manakala yang kedua adalah masyarakat yang memiliki humoginitis agama iaitu agama yang terorganisasi demgan baik sehingga diakui secara rasmi sebagai agama sesebuah negara dan juga agama yang tidak berorganisasi seperti yang terdapat pada masyarakat primitif.agama mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat.
       peranan yang pertama adalah memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya masyarakat.hal ini kerana agama sering memberi penerangan tentang keadaan dunia secara menyeluruh dan kedudukan manusia dalam kehidupan dunia.peneranagn mengenai perkara ini sukar untuk dicapai oleh pemikiran manusia.contohnya dalam agama islam menerangkan bahawa adalah ciptaan Allah s.w.t dan sbagai manusia kita perlu mentaatinya.
        peranan agama yang kedua adalah menjawab solan yang tidak mampu dijawab oleh pemikiran manusia. manusia mempunyai pemikiran yang terbatas oleh itu terdapat sesetengah soalan yang manusia tidak dapat memberikan jawapannya. contohnya, persoalan berkaitan kematian, matlamat hidup dan nasib. manusia tidak ada kemampuan untuk menjawab soalan tersebut.oleh itu dengan adanya agama, soalan-soalan yang di luar kemampuan pemikiran manusia terjawab.
        peranan agama yang ketiga adalah sebagai sebagai entiti yang dapat mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan antara manusia. agama mempunyai penganutnya yang tersendiri dan setiap penganutnya mengamalkan ajaran yang sama. oleh itu agama dapat menimbulkan semangat perpaduan dikalangan penganutnya. contohnya dalam agama islam menekankan bahawa setiap orang islam itu bersaudara oleh itu wujudlah satu semangat kekitaan antara penganutnya.
         peranan agama yang keempat adalah sebagai fungsi kawalan sosial. setiap agama mempunyai garis panduan dan kod etika yang tersendiri. dan kesemua garis panduan tersebut membawa kebaikan kepada masyarakat.contohnya dalam agama konfusianisme menekankan manusia untuk berbuat kebaikan dan menghormati ibu bapa. agama juga dapat menghalang perkara seperti maksiat,sumbang mahram,pencurian dan pembunuhan.hal ini menunjukkan bahawa agama mempunyai peranan yang penting dalam mengawal tingkah laku manusia.
          peranan agama yang kelima adalah fungsi penyelamat. setiap manusia ingin sentiasa berasa selamat. oleh itu dengan adanya agama manusia dapat menimbulkan perasaan selamat kerana mereka percaya bahawa tuhan atau kuasa ghaib akan sentiasa menjaga keselamatan mereka. agama juga memberi keselamatan dalam menghadapi dunia selepas kematian. dengan adanya agama manusia akan berasa selamat untuk menghadapi dunia selepas kematian atau akhirat.contohnya dalam agama islam memberi jaminan sesiapa yang mengamalkan agama islam secara menyeluruh akan selamat daripada seksaan akhirat.
         peranan agama yang keenam adalah sebagai fungsi pendidikan. setip agama memberi ajaran dan pendidikan kepada penganutnya. setiap agama mempunyai ajaran yang tersendiri.agama akan mengajar perkara yang boleh dibuat dan perkara yang tak boleh dibuat. agama juga adalah satu medium yang menggalakkan supaya manusia mencari ilmu. contohnya agama islam menyarankan penganutnya supaya mencari ilmu hingga ke akhir hayat.oleh itu dapat dilihat bahawa agama merupakan sesuatu yang penting dari segi aspek pendidikan.
         peranan agama yang ketujuh adalah sebagai fungsi sublimatif (bersifat perubahan emosi). ajaran agama akan memberi rasa positif dalam kehidupan manusia. sekiranya seseorang individu menjalankan kehidupan mengikut ajaran agamanya dia akan berasa selamat dan bahagia. selagi manusia idak melanggar ajaran aamanya maka manusia akan berasa selesa. contohnya masyarakat islam sekiraanya malakukan aktiviti duniawi kerana Allah maka dia akan mendapat pahala oleh itu penganutnya tidak berasa terbeban.
        kesimpulannya, peranan agama amat penting dalam kehidupan manusia. manusia memrlukan agama untuk terus hidup kerana agama adalah merupakan keperluan asas seorang manusia. agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan dan kebudayaan manusia itu sendiri.

apakah peranan yg dimainkan o kinship n kelompok keturunan dlm struktur sosial chiefdom. soalan exam

     politik tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Politik telah bermula sebelum kemunculan tamadun lagi. perkataan politik berasal dari perkataan 'polis' yang bermaksud negara bandar. menurut david easton politik ialah satu proses yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengagihkan nilai-nilai yang sah.dalam sejarah politik manusia terdapat dua jenis sistem politik iaitu sistem politik tidak berpusat dan sistem politik berpusat. sistem politik tidak berpusat terdiri daripada sistem politik 'band' dan 'tribe' manakala sistem politik berpusat terdiri daripada 'chiefdom' dan 'state'.
     'chiefdom' merupakan permulaan sistem politik yang mempunyai struktur sosial. 'chiefdom' mempunyai hearki sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bawahan.struktur sosial tersebut dipengaruhi oleh kinship dan kelompok keturunan. kinship dan kelompok keturunan terdiri daripada 5 jenis pola iaitu patrilokal,matrilokal, bilokal, avunkulokal dan neolokal. kinship dan kelompok keturunan memainkan peranan yang penting dalam sturktur sosial masyarakat yang mengamalkan sistem politik chiefdom.
      peranan pertama kinship dan kelompok keturunan dalam chiefdom adalah menentukan kedudukan individu dalam masyarakat.kedudukan individu dinilai dari senioritinya. setiap ahlli keluarga mempunyai kedudukan yang tersendiri, contohnya dalam masyarakat melayu. anak pertama mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada anak yang kedua dan seterusnya.walaubagaimanapun anak yang terakhir perlu diambil berat merupakan salah seorang ahli keluarga. seterusnya menentukan status sosial seseorang dalam masyarakat.contohnya dapat dilihat pada zaman kerajaan melaka menunjukkan pembahagian kelas sosial yang mengikut sistem kinship dan kelompok keturunan. golongan elit terdiri daripada individu yang berketurunan raja manakala golongan bawahan terdiri daripada keterunan rakyat biasa.
       peranan kinship dan kelompok keturunan yang kedua adalah menentukan kuasa seseorang dalam masyarakat.dalam chiefdom kuasa seseorang itu meruapakan satu warisan yang berkekalan daripada keturunannya. ketua kebiasaannya akan mewariskan jawatan atau gelaran chief kepada ahli keluarga yang terdekat. secara tidak langsung akan membentuk satu golongan elit dalam masyarakat. contohnya dapat dilihat dalam kerajaan melayu melaka dan masyarakat tahiti.hal ini membuktikan kinship dan kelompok keturunan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kuasa seseorang.
        peranannya yang ketiga adalah  membataskan aktiviti sosial dan perkahwianan dalam masyarakat.perkahwinan dalam chiedom mementingkan persanakan iaitu golongan elit hanya boleh berkahwin dengan golongan elit sahaja manakala golongan bawahan tidak boleh berkahwin dengan golongan elit.terdapat juga pantang larang dalam perkahwinan. contohnya dalam masyarakat minangkabau perkahwinan dengan orang yang sama suku dengan sebelah ibu dilarang berkahwin kerana dianggap satu keluarga.masyarakat minangkabau mengamalkan sistem matrilokal. kinship dan kelompok keturunan juga meminkan pernan yang penting dalam mencegah hubungan terlarang dan sumbang mahram antara adik beradik.
        peranan kinship dan kelompok keturunan yang keempat adalah menentukan mekanisma pembahagian dan perkongsian harta. dalam chiefdom semua ahli berkongsi sesuatu yang dimilikinya dengan yang lain. individu yang mempunyai ekonomi yang lebih baik akan memberikan makanan kepada mereka yang lain begitu juga dengan tanah, setiap orang tidak akan memiliki tanah persendirian. ketua akan memberikan tanah kepada orang bawahannya untuk diusahakan dan kebiaasaannya tanah itu akan diwariskan kepada anak-anaknya.
         keesimpulannya, terdapat bebrapa perana kinship dan kelompok keturunan dalam masyarakat chiedom. boleh dikatakan kinship dan kelompok keturunan ini amat penting dalam kehidupan manusia. dengan adanya knship dan kelompok keturunan sesuatu masyarakat itu akan mempunyai kehidupan yang teratur.

Sunday 6 January 2013

Malam Yand DingIn...

ak sorang2 je dalam bilik....roommate yang sume kua... lagi 3 hari je nak exam subjek yang ak suke tp dalm b.i..... dari suka jd menyampah ak... sepatutnya ak g study skrang tp 'not in mood' r.... pe yang ak bace sumenye t keluar balek cam de spring je dalam kepala ak ni... ak harapkan de la orang yang leh bg semangat kat ak..ak da busan la wei....... busan sangat2 da ni.... ary ni hidup ak cam biasa... mkan... bukak nota.... minum..denga azan... g surau...solat... last2 sampai malam ni lak ak nak g tdo la pulak..wahahaha.. ak terpk gak kadang2 cam ne korang yang berblog de je idea korang nak cerita... tak paham tol ak.... any where... tata..tutu.. titi toto

kcewa....

hari ni ak kecewa lagi..huhu setelah perasaan menjengah hati ku...kerinduan ku terhadapnya begitu mencucuk jantungku... ak rindu padanya... ak memohon untuk bertemu dengannya tetapi dia menolaknya tanpa alasan yang kukuh... hanya memberi pekataan 'bz'... klau ikutkan nafsu n perasaan mmg da lame ingin ak tingglkan kau..tetapi hatiku lebih mngetahui nya... hatiku tidak ingin keseorangan... ak harap kau peka lah dengan keadaan ku... sekiranya pun kau bz.. kau bg la alsan dengan penuh hikmah supaya ak tidak terasa dengan kata-kata mu... maafkan aku sekiranya ak pergi kepada yang ketiga... ampun kan aku....

antropologi gunaan dilihat lebih relevan pada masa kini.bincangkan. soalan exam ni..arggg


  Antropologi berasal daripada perkataan greek iaitu 'anthropos' yang bermaksud manusia atau orang dan 'logos' yang bermaksud bidang atau kajian.Secara umumnya antropologi boleh ditakrifkan sebagai satu bidang yang mengkaji manusia. Salah satu cabang yang terdapat dalam antropologi adalah antropologi gunaan. Antropologi gunaan adalah satu bidang antropologi yang merancang perubahan-perubahan kebudayaan. Di Malaysia tidak ramai ahli antropologi yang melibatkan diri dalam kajian bentuk gunaan. Antropologi gunaan kelihatan lebih relevan pada masa kini kerana terdapat beberapa perkara yang menyokong kepentingan bidang tersebut bagi menghadapi fenomena atau masalah-masalah mendatang.
          Antropologi gunaan dikatakan relevan pada masa kini adalah kerana adanya perkembangan antropolgi gunaan itu sendiri. Ramai ahli antropologi gunaan percaya bahawa penting bagi mengekalkan semua aspek kebudayaan sebagai suatu yang relatif dan jangan membuat penilaian yang tidak tepat terhadap kebudayaan orang lain. Walaubagaimanapun, pada masa kini banyak program pembukaan tanah yang baru dibuat dan program yang melibatkan nilai dan norma harus difikirkan secara mendalam. Contohnyaorang Melayu pernah tidak mahu tinggal di rumah pangsa yang tinggi kerana maslah yang dihadapi seperti kenduru kendara  dan membawa mayat dari rumah yang tinggi ke bawah.Ahli antropologi gunaan telah menyarankan tempat sembahyang dan tempat meletakkan mayat disamping tempat menjalankan majlis kenduri kendara. Ahli antropologi gunaan telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut kerana mereka mengetahui budaya masyarakat tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa antropologi gunaan sememangnya relevan pada masa kini.     
          Antropologi gunaan relevan pada masa kini adalah kerana kewujudan kebudayaan majmuk. Kebudayaan majmuk wujud dimana terdapat lebih daripada satu kebudayaan wujud disamping kebudayaan lain dalam sebuah pentadbiran dan kerajaan yang sama. Kebudayaan majmuk dapat dilihat di Malaysia, orang Cina, Melayu dan India mengamalkan tradisi kebudayaan dan nilai kehidupan yang berbeza tetapi tinggal bersama-sama dallam satu pemerintahan. Dalam satu kebudayaan majmuk terdapat satu perkara penting iaitu Etnosentrisme iaitu anggapan bahawa hanya kebudayaan masyarakat itu saja baik dibandingkan dengan kebudayaan masyarakat lain. Hal ini akan menyebabkan masalah dalam pembangunan dan pembinaan negara kerana terdapat beberapa budaya yang berbeza. Oleh itu, ahli antropologi gunaan perlu mengambil tempat dan bidang bagi mengatasi masalah tersebut.  Oleh itu, dapat dilihat bahawa antropologi gunaan elevan pada masa kini.
         Sebab ketiga yang menyebabkan antropologi gunaan dilihat lebih relevan pada masa kini adalah kerana masalah yang dihadapi oleh manusia pada masa akan datang. Satu daripada masalah yang timbul adalah pertambahan penduduk Ahli antropologi gunaan diperlukan kerana hasil daripada pertambahan penduduk akan mengakibatkan masalah seperti kekurangan makanan, kemiskinan, penyebaran penyakitdan kecelaruan psikologi. Ahli antropologi gunaan perlu mencari penyelesaian bagi masalah tersebut seperti antropologi perubatan dan pembandaran. Oleh itu boleh dikatakan antropologi gunaan relevan pada masa kini.
           Antropologi gunaan relevan pada masa kini adalah kerana peranan antropologi itu sendiri pada masa depan. Pada masa hadapan sesebuah masyarakat trsdisional akan lupu dari muka bumi ini. Bagi memahami tentang sesuatu masyarakat ahli antropologi perlu mempunyai data yang baik dan banyak mengenai mereka. Ahli antropologi telah banyak melibatkan diri dalam bidang antropologi gunaan disebabkan pemodenan sesuatu masyarakat itu sendiri. Ahli antropologi gunaan telah mengkaji masalah modenasi dan juga proses masyarakat primitif menerima unsur baru seperti kerjasama, nasionalisme dan juga integrasi dalam ekonomi perindustrian. Ahli antropologi gunaan penting pada masa depan kerana mereka mempunyai data yang cukup bagi memahami sesuatau masyarakat itu seterusnya dapat membantu pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaan untuk menjalankan dasar.
             Kesimpulannya, antropologi gunaan mempunyai pelbagai sebab yang boleh menyebabkannya relevan pada masa kini. Antaranyakewujudan kebudayaan majmuk, peranan antropologi pada masa depan dan masalah-masalah yang akan timbul dalam kehidupan manusia akan datang.

Saturday 5 January 2013

Permulaan.........

Dah lama ak dengar orang asyik sebut pasal blog...tp ak tak tau pe itu blog....last2 ay ni ak saje try search blog kat google dan daftar...akhirnya bermulalah blog ak ni..tp tak tau r brape lama tahan blog ak ni coz ak bukannya tau nak bercerita or taip2 ni...pape hal pon.. elamat maju jaya ak ucapkan kat diri ak sendiri..