Tuesday 8 January 2013

bincangkan bentuk organisasi agama n peranan dlm masyarakat.soalan exam

       agama bermakna kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib seperti dewa. seseorang individu itu tidak dapat dipisahkan dengan agama dalam kehidupannya. agama merupakan sesuatu yang penting. menurut monilowski agama  adalah satu tindak balas atau penentangan kepada kecemasan dan was-was yang dirasai oleh individu.agama terbahagi kepada dua jenis iaitu agama universal dan agama folk.setiap agama mempunyai pengaruhnya yang tersendiri kepada penganutnya.agama memainkan peranan yang penting dalam kehiduan manusia.
       ekspresi sosial dari ajaran agama dihidupkan dan dipeliharaoleh masyarakat yang menganutnya yang disebut dengan organisasi sosial. poland roberston menggambarkan agama yang dianuti masyarakat terbahagi kepada dua jenis organisasi iaitu humoginitas dan heteriginitas. masyarakat yang memiliki heteroginitis dalam agama iaitu agama secara organisasi terpisah dari kegiatan ekonomi,pendidikan dan polotik, dan agama yang tidak begitu berorganisasi. manakala yang kedua adalah masyarakat yang memiliki humoginitis agama iaitu agama yang terorganisasi demgan baik sehingga diakui secara rasmi sebagai agama sesebuah negara dan juga agama yang tidak berorganisasi seperti yang terdapat pada masyarakat primitif.agama mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat.
       peranan yang pertama adalah memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya masyarakat.hal ini kerana agama sering memberi penerangan tentang keadaan dunia secara menyeluruh dan kedudukan manusia dalam kehidupan dunia.peneranagn mengenai perkara ini sukar untuk dicapai oleh pemikiran manusia.contohnya dalam agama islam menerangkan bahawa adalah ciptaan Allah s.w.t dan sbagai manusia kita perlu mentaatinya.
        peranan agama yang kedua adalah menjawab solan yang tidak mampu dijawab oleh pemikiran manusia. manusia mempunyai pemikiran yang terbatas oleh itu terdapat sesetengah soalan yang manusia tidak dapat memberikan jawapannya. contohnya, persoalan berkaitan kematian, matlamat hidup dan nasib. manusia tidak ada kemampuan untuk menjawab soalan tersebut.oleh itu dengan adanya agama, soalan-soalan yang di luar kemampuan pemikiran manusia terjawab.
        peranan agama yang ketiga adalah sebagai sebagai entiti yang dapat mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan antara manusia. agama mempunyai penganutnya yang tersendiri dan setiap penganutnya mengamalkan ajaran yang sama. oleh itu agama dapat menimbulkan semangat perpaduan dikalangan penganutnya. contohnya dalam agama islam menekankan bahawa setiap orang islam itu bersaudara oleh itu wujudlah satu semangat kekitaan antara penganutnya.
         peranan agama yang keempat adalah sebagai fungsi kawalan sosial. setiap agama mempunyai garis panduan dan kod etika yang tersendiri. dan kesemua garis panduan tersebut membawa kebaikan kepada masyarakat.contohnya dalam agama konfusianisme menekankan manusia untuk berbuat kebaikan dan menghormati ibu bapa. agama juga dapat menghalang perkara seperti maksiat,sumbang mahram,pencurian dan pembunuhan.hal ini menunjukkan bahawa agama mempunyai peranan yang penting dalam mengawal tingkah laku manusia.
          peranan agama yang kelima adalah fungsi penyelamat. setiap manusia ingin sentiasa berasa selamat. oleh itu dengan adanya agama manusia dapat menimbulkan perasaan selamat kerana mereka percaya bahawa tuhan atau kuasa ghaib akan sentiasa menjaga keselamatan mereka. agama juga memberi keselamatan dalam menghadapi dunia selepas kematian. dengan adanya agama manusia akan berasa selamat untuk menghadapi dunia selepas kematian atau akhirat.contohnya dalam agama islam memberi jaminan sesiapa yang mengamalkan agama islam secara menyeluruh akan selamat daripada seksaan akhirat.
         peranan agama yang keenam adalah sebagai fungsi pendidikan. setip agama memberi ajaran dan pendidikan kepada penganutnya. setiap agama mempunyai ajaran yang tersendiri.agama akan mengajar perkara yang boleh dibuat dan perkara yang tak boleh dibuat. agama juga adalah satu medium yang menggalakkan supaya manusia mencari ilmu. contohnya agama islam menyarankan penganutnya supaya mencari ilmu hingga ke akhir hayat.oleh itu dapat dilihat bahawa agama merupakan sesuatu yang penting dari segi aspek pendidikan.
         peranan agama yang ketujuh adalah sebagai fungsi sublimatif (bersifat perubahan emosi). ajaran agama akan memberi rasa positif dalam kehidupan manusia. sekiranya seseorang individu menjalankan kehidupan mengikut ajaran agamanya dia akan berasa selamat dan bahagia. selagi manusia idak melanggar ajaran aamanya maka manusia akan berasa selesa. contohnya masyarakat islam sekiraanya malakukan aktiviti duniawi kerana Allah maka dia akan mendapat pahala oleh itu penganutnya tidak berasa terbeban.
        kesimpulannya, peranan agama amat penting dalam kehidupan manusia. manusia memrlukan agama untuk terus hidup kerana agama adalah merupakan keperluan asas seorang manusia. agama tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan dan kebudayaan manusia itu sendiri.

No comments:

Post a Comment