Tuesday 8 January 2013

apakah peranan yg dimainkan o kinship n kelompok keturunan dlm struktur sosial chiefdom. soalan exam

     politik tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Politik telah bermula sebelum kemunculan tamadun lagi. perkataan politik berasal dari perkataan 'polis' yang bermaksud negara bandar. menurut david easton politik ialah satu proses yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengagihkan nilai-nilai yang sah.dalam sejarah politik manusia terdapat dua jenis sistem politik iaitu sistem politik tidak berpusat dan sistem politik berpusat. sistem politik tidak berpusat terdiri daripada sistem politik 'band' dan 'tribe' manakala sistem politik berpusat terdiri daripada 'chiefdom' dan 'state'.
     'chiefdom' merupakan permulaan sistem politik yang mempunyai struktur sosial. 'chiefdom' mempunyai hearki sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bawahan.struktur sosial tersebut dipengaruhi oleh kinship dan kelompok keturunan. kinship dan kelompok keturunan terdiri daripada 5 jenis pola iaitu patrilokal,matrilokal, bilokal, avunkulokal dan neolokal. kinship dan kelompok keturunan memainkan peranan yang penting dalam sturktur sosial masyarakat yang mengamalkan sistem politik chiefdom.
      peranan pertama kinship dan kelompok keturunan dalam chiefdom adalah menentukan kedudukan individu dalam masyarakat.kedudukan individu dinilai dari senioritinya. setiap ahlli keluarga mempunyai kedudukan yang tersendiri, contohnya dalam masyarakat melayu. anak pertama mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada anak yang kedua dan seterusnya.walaubagaimanapun anak yang terakhir perlu diambil berat merupakan salah seorang ahli keluarga. seterusnya menentukan status sosial seseorang dalam masyarakat.contohnya dapat dilihat pada zaman kerajaan melaka menunjukkan pembahagian kelas sosial yang mengikut sistem kinship dan kelompok keturunan. golongan elit terdiri daripada individu yang berketurunan raja manakala golongan bawahan terdiri daripada keterunan rakyat biasa.
       peranan kinship dan kelompok keturunan yang kedua adalah menentukan kuasa seseorang dalam masyarakat.dalam chiefdom kuasa seseorang itu meruapakan satu warisan yang berkekalan daripada keturunannya. ketua kebiasaannya akan mewariskan jawatan atau gelaran chief kepada ahli keluarga yang terdekat. secara tidak langsung akan membentuk satu golongan elit dalam masyarakat. contohnya dapat dilihat dalam kerajaan melayu melaka dan masyarakat tahiti.hal ini membuktikan kinship dan kelompok keturunan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kuasa seseorang.
        peranannya yang ketiga adalah  membataskan aktiviti sosial dan perkahwianan dalam masyarakat.perkahwinan dalam chiedom mementingkan persanakan iaitu golongan elit hanya boleh berkahwin dengan golongan elit sahaja manakala golongan bawahan tidak boleh berkahwin dengan golongan elit.terdapat juga pantang larang dalam perkahwinan. contohnya dalam masyarakat minangkabau perkahwinan dengan orang yang sama suku dengan sebelah ibu dilarang berkahwin kerana dianggap satu keluarga.masyarakat minangkabau mengamalkan sistem matrilokal. kinship dan kelompok keturunan juga meminkan pernan yang penting dalam mencegah hubungan terlarang dan sumbang mahram antara adik beradik.
        peranan kinship dan kelompok keturunan yang keempat adalah menentukan mekanisma pembahagian dan perkongsian harta. dalam chiefdom semua ahli berkongsi sesuatu yang dimilikinya dengan yang lain. individu yang mempunyai ekonomi yang lebih baik akan memberikan makanan kepada mereka yang lain begitu juga dengan tanah, setiap orang tidak akan memiliki tanah persendirian. ketua akan memberikan tanah kepada orang bawahannya untuk diusahakan dan kebiaasaannya tanah itu akan diwariskan kepada anak-anaknya.
         keesimpulannya, terdapat bebrapa perana kinship dan kelompok keturunan dalam masyarakat chiedom. boleh dikatakan kinship dan kelompok keturunan ini amat penting dalam kehidupan manusia. dengan adanya knship dan kelompok keturunan sesuatu masyarakat itu akan mempunyai kehidupan yang teratur.

No comments:

Post a Comment