Sunday 6 January 2013

antropologi gunaan dilihat lebih relevan pada masa kini.bincangkan. soalan exam ni..arggg


  Antropologi berasal daripada perkataan greek iaitu 'anthropos' yang bermaksud manusia atau orang dan 'logos' yang bermaksud bidang atau kajian.Secara umumnya antropologi boleh ditakrifkan sebagai satu bidang yang mengkaji manusia. Salah satu cabang yang terdapat dalam antropologi adalah antropologi gunaan. Antropologi gunaan adalah satu bidang antropologi yang merancang perubahan-perubahan kebudayaan. Di Malaysia tidak ramai ahli antropologi yang melibatkan diri dalam kajian bentuk gunaan. Antropologi gunaan kelihatan lebih relevan pada masa kini kerana terdapat beberapa perkara yang menyokong kepentingan bidang tersebut bagi menghadapi fenomena atau masalah-masalah mendatang.
          Antropologi gunaan dikatakan relevan pada masa kini adalah kerana adanya perkembangan antropolgi gunaan itu sendiri. Ramai ahli antropologi gunaan percaya bahawa penting bagi mengekalkan semua aspek kebudayaan sebagai suatu yang relatif dan jangan membuat penilaian yang tidak tepat terhadap kebudayaan orang lain. Walaubagaimanapun, pada masa kini banyak program pembukaan tanah yang baru dibuat dan program yang melibatkan nilai dan norma harus difikirkan secara mendalam. Contohnyaorang Melayu pernah tidak mahu tinggal di rumah pangsa yang tinggi kerana maslah yang dihadapi seperti kenduru kendara  dan membawa mayat dari rumah yang tinggi ke bawah.Ahli antropologi gunaan telah menyarankan tempat sembahyang dan tempat meletakkan mayat disamping tempat menjalankan majlis kenduri kendara. Ahli antropologi gunaan telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut kerana mereka mengetahui budaya masyarakat tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa antropologi gunaan sememangnya relevan pada masa kini.     
          Antropologi gunaan relevan pada masa kini adalah kerana kewujudan kebudayaan majmuk. Kebudayaan majmuk wujud dimana terdapat lebih daripada satu kebudayaan wujud disamping kebudayaan lain dalam sebuah pentadbiran dan kerajaan yang sama. Kebudayaan majmuk dapat dilihat di Malaysia, orang Cina, Melayu dan India mengamalkan tradisi kebudayaan dan nilai kehidupan yang berbeza tetapi tinggal bersama-sama dallam satu pemerintahan. Dalam satu kebudayaan majmuk terdapat satu perkara penting iaitu Etnosentrisme iaitu anggapan bahawa hanya kebudayaan masyarakat itu saja baik dibandingkan dengan kebudayaan masyarakat lain. Hal ini akan menyebabkan masalah dalam pembangunan dan pembinaan negara kerana terdapat beberapa budaya yang berbeza. Oleh itu, ahli antropologi gunaan perlu mengambil tempat dan bidang bagi mengatasi masalah tersebut.  Oleh itu, dapat dilihat bahawa antropologi gunaan elevan pada masa kini.
         Sebab ketiga yang menyebabkan antropologi gunaan dilihat lebih relevan pada masa kini adalah kerana masalah yang dihadapi oleh manusia pada masa akan datang. Satu daripada masalah yang timbul adalah pertambahan penduduk Ahli antropologi gunaan diperlukan kerana hasil daripada pertambahan penduduk akan mengakibatkan masalah seperti kekurangan makanan, kemiskinan, penyebaran penyakitdan kecelaruan psikologi. Ahli antropologi gunaan perlu mencari penyelesaian bagi masalah tersebut seperti antropologi perubatan dan pembandaran. Oleh itu boleh dikatakan antropologi gunaan relevan pada masa kini.
           Antropologi gunaan relevan pada masa kini adalah kerana peranan antropologi itu sendiri pada masa depan. Pada masa hadapan sesebuah masyarakat trsdisional akan lupu dari muka bumi ini. Bagi memahami tentang sesuatu masyarakat ahli antropologi perlu mempunyai data yang baik dan banyak mengenai mereka. Ahli antropologi telah banyak melibatkan diri dalam bidang antropologi gunaan disebabkan pemodenan sesuatu masyarakat itu sendiri. Ahli antropologi gunaan telah mengkaji masalah modenasi dan juga proses masyarakat primitif menerima unsur baru seperti kerjasama, nasionalisme dan juga integrasi dalam ekonomi perindustrian. Ahli antropologi gunaan penting pada masa depan kerana mereka mempunyai data yang cukup bagi memahami sesuatau masyarakat itu seterusnya dapat membantu pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaan untuk menjalankan dasar.
             Kesimpulannya, antropologi gunaan mempunyai pelbagai sebab yang boleh menyebabkannya relevan pada masa kini. Antaranyakewujudan kebudayaan majmuk, peranan antropologi pada masa depan dan masalah-masalah yang akan timbul dalam kehidupan manusia akan datang.

No comments:

Post a Comment